Futsal Piala Kindness 2016 : Bakat yang perlu diketengahkan.

Futsal Piala Kindness 2016 kali ini melibatkan 34 buah rumah kebajikan, lebih kurang dalam 500 orang peserta dan 100 sukarelawan. Kindness Malaysia mengadakan pertandingan futsal ini bertujuan untuk mencungkil bakat mereka yang bagi Fiqqq memang luar biasa. 



Apabila tengok budak-budak ni berkasut futsal, kaki Fiqqq mula gatal nak menendang. Almaklumlah, sudah lama tidak beraksi di gelanggang futsal. Cehhhh!!!





Ada sesetengah pasukan, mereka ada strategi dan cara permainan yang baik dalam gelanggan. Pantas dan mempunyai skil tersendiri. Ada yang 'speed' power. Kalau tengok dan dibandingkan dengan diri ni, kiranya Fiqqq boleh simpanlah kasut futsal dalam kotak semula. Huhu.






Jika Fiqqq diberi peluang, teringin juga nak main futsal dengan mereka. Mana tahu kita yang belajar skil baru. Fiqqq ni kalau setakat lari ke depan, ke belakang, ke kiri dan kanan tu boleh la. Nak shoot bola padu, memang kasut yang masuk gol dulu. Hahahaha.





Rambut Fiqqq terpotong sikit sebab terkena Lightsaber Darth Vader. Hmmm. Okey bye. Hahaha.


Tahniah Fiqqq ucapkan kepada pemenang dan kepada yang tidak berjaya, boleh cuba lagi di masa akan datang. Tidak menang hari ini tidak bermakna kita tidak boleh jadi juara suatu hari nanti. Kan ... kan ... kan??! Latih diri untuk bersungguh-sungguh. Asah skil supaya jadi lebih hebat. Haaaa!!!




Tahniah Kindness Malaysia atas kejayaan mengadakan pertandingan futsal ini serta penaja dan sukarelawan yang terlibat. Dan ... dan ... dan ... Terima kasih kepada Kelab Blogger Ben Ashaari atas sumbangan yang diberi kepada mereka. Semoga rezeki KBBA9 melimpah ruah lepas ni. Amin!!! Huhuhuhu :D